Friday, 13 November 2015

Shawl vs Bawal

Shawl vs Bawal ibaratnya macam burger subway vs MC Chicken. Jauh beza walaupun kedua-dua daging dalam burger tersebut diapit oleh roti.

Begitulah Shawl dan  Bawal. Dua-dua digunakan untuk menutup kepala (aurat) namun cara pemakaian dan bentuk mempunyai perbezaan.

 


Antara Shawl dan Bawal masing-masing ada pengikut. Saya pengikut bawal. But in the same time, jika ada yang berminat mendapatkan Shawl dari saya, boleh saja hubungi saya untuk perbincangan lanjut. Ok?

Gambar dibawah ni Shawl yang terjual oleh kakak sepupu saya di Sabah. Made in Tanah Melayu.



Jika berminat order burger online boleh klik disini. Kalau mahu order Shawl atau bawal boleh drop komen dibawah atau private massage disini

Saturday, 7 November 2015

Salam Perkenalan

Assalamualaikum :-) :-)
Waaaah. Terima Kasih kerana sudi lawat blog yang baru berusia beberapa jam ini.


Ok. Untuk permulaan, kami akan menerangkan mengenai Tudung Bawal dan jenis-jenis Tudung bawal. Sebagaimana yang anda semua ketahui, Tudung bawal telah menjadi pilihan setiap wanita-wanita Melayu supaya tampak cantik, bergaya dan elegan. Tudung bawal juga turut menjadi pilihan kepada remaja-remaja dan wanita-wanita sekarang.

Tudung bawal  mempunyai beberapa jenis iaitu Kain Kosong, Kain Bercorak, Bermanik, Bersulam dan yang diperbuat daripada kain import dari Itali, Korea, Thailand dan Perancis.  Dari segi warna, mempunyai warna yang boleh dipilih dengan mengikut citarasa pengguna.Tudung bawal juga memiliki jenis kain yang bermutu dan sesuai untuk semua golongan. 




Hamboih. Macam baca berita pula kan. Haha. First time blogging. Ok ada apa-apa komen mohon drop di ruangan komen. tidak kisahlah pasal tudung atau apa-apa saja. Ok. Babai !!

Contoh-contoh Tudung Bawal

Haiiii.

Ini contoh-contoh tudung bawal. Ok. Maaf. Link asal gambar-gambar ni kami tidak dapat sertakan sebab gambar ini save automatik dalam PC kami.

So, tuan asal gambar kalau rasa-rasa ini gambar anda tolong komen ya. Kami masukkan link anda. Maaf ya.